Sumbangannya kepada perubatan Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Cacar lawan campak

Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. Apabila Florence Nightingale merawat mangsa perperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale, jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik.

Rujukan

WikiPedia: Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction... http://www.google.com/search?hl=en&lr=&ie=ISO-8859... http://www.islamset.com/heritage/pharmacy/4th&10th... http://www.islamset.com/heritage/pharmacy/alchemy.... http://www.levity.com/alchemy/islam15.html http://www.muslimphilosophy.com/ei/razi.htm http://www.muslimphilosophy.com/hmp/default.htm http://www.payvand.com/news/02/aug/1087.html http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id5.html http://web.archive.org/20030411124947/www.geocitie...